Minggu Destini Siswa (MDS): Taklimat Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu

Minggu Destini Siswa (MDS) merupakan salah satu program yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dihadiri setiap pelajar baru. Ia merupakan satu program orientasi pelajar baharu yang bertujuan untuk memperkenalkan UiTM seterusnya membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di kampus. Pelbagai slot disusun dalam jadual MDS tersebut termasuklah slot Taklimat Perpustakaan bagi membantu mereka mengulangkaji pelajaran di sepanjang pengajian mereka kelak.

Di UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), MDS bagi sesi Mac-Ogos 2023 telah dilaksanakan pada 12 hingga 16 Mac 2023. Slot perpustakaan telah dijadualkan pada 16 Mac 2023, Khamis, jam 11.30 pagi di Dewan Aspirasi UiTMCT melibatkan 325 orang pelajar baharu. Taklimat Perpustakaan ini telah disampaikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan, dibantu oleh beberapa staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang lain.

Ceria di Taklimat Perpustakaan Minggu Destini Siswa UiTMCT.

Penerangan diberikan berkaitan kepentingan perpustakaan dalam membantu pengajian para pelajar mendapatkan pelbagai koleksi sumber rujukan samada secara fizikal mahupun digital. Demonstrasi ringkas akses laman sesawang perpustakaan, kaedah menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC), dan carian kertas soalan peperiksaan melalui UiTM Library Mobile Apps juga ditunjukkan. Kesempatan MDS ini juga telah diambil untuk diberi penerangan berkenaan modul Fundamental of Information Literacy Program.

Selingan soalan kuiz berdasarkan pengisian taklimat ini sedikit sebanyak telah memeriahkan lagi sesi MDS kali ini. Saguhati kepada pemenang turut diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawap soalan kuiz dengan betul.


Semoga perkongsian yang telah disampaikan ini dapat membantu para pelajar baharu bagi sesi Mac-Ogos 2023 menyesuaikan diri di kampus UiTMCT dan sentiasa mengunjungi perpustakaan pada masa akan datang.

All the best!

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply