Minggu Destini Siswa: Pra-Diploma UiTMCT (Sesi Mac-Ogos 2023)

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Dungun, telah mengadakan menerima kunjungan empat puluh dua orang pelajar baharu Pra-Diploma Sesi Mac-Ogos 2023 sempena Minggu Destini Siswa pada 14 Mac 2023, Selasa. Objektif utama sesi lawatan ini adalah untuk memberi panduan dan penerangan kepada para pelajar baharu ini agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun. Sesi yang ini telah dikendalikan oleh staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan iaitu Encik Abdul Hadi Idris, Puan Ayuzawahie Amran dan Puan Hafsah Mustafa ini telah memberi tunjuk ajar kepada para pelajar untuk menggunakan perkhidmatan secara fizikal serta akses kepada perpustakaan digital UiTM.

Pihak Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu Kampus Dungun mengalu-alukan kedatangan para pelajar Pra-Diploma UiTMCT Sesi Mac-Ogos 2023, dan berharap agar semua pelajar dapat memanfaatkan sumber rujukan dan perkhidmatan yang disediakan dengan baik di sepanjang tempoh pengajian mereka di sini.

All the best!

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply