Program Lestari@PTAR Sarawak Bulan Mac : Pengenalan Kepada SDG & Konsep Pembangunan Mampan Dalam Industri Pembinaan Di Malaysia

KOTA SAMARAHAN, 24 MAC 2023 – Program Lestari@PTAR bagi bulan Mac telah dijalankan dan diterbitkan melalui Youtube Channel Rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu PTAR Production. Program Lestari@PTAR Bulan Mac yang bertajuk Pengenalan Kepada SDG & Konsep Pembangunan Mampan Dalam Industri Pembinaan Di Malaysia telah disampaikan oleh Sr Dr. Ahmad Faiz Abd Rashid, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR merupakan sebuah program bulanan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pelestarian Kampus UiTM Cawangan Sarawak. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosi Sustainable Development Goals (SDGs), Agenda 2030 kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR bagi bulan Mac ini telah dikendalikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu Encik Mohamad Haswan Bujang dan Encik Mohamad Hairruddine Suip serta dibantu oleh Bahagian Perpustakaan Digital PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini boleh ditonton melalui pautan dibawah.

Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat kepada warga UiTM Cawangan Sarawak.

https://www.youtube.com/watch?v=d8ELvmMWixY&t=775s

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply