Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Sumber foto: Facebook Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Shah Alam, 28 Mac 2023 – Bahagian Korporat & Kolaborasi (BKK), PTAR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor Puan Normaizatulakmal Tujad bagi menyatakan hasrat jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi. 

Pertemuan yang berlangsung di bilik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor ini telah berlangsung selama dua jam dan dihadiri seramai sembilan orang staf. 

Pertemuan yang mesra ini telah membincangkan program atau aktiviti secara kolaboratif antaranya program kemerdekaan, program MADANI dan isu semasa yang dekat dengan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti isu dadah dan penipuan dalam talian (scammer)

Kunjungan hormat PTAR ini telah diketuai oleh Ketua BKK Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Puan Zuhaslinda Sulaiman, Puan Asmah Sabtu, Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad dan Encik Muhammad Fikree Rahmat. 

Selain Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Selangor diwakili oleh Penolong Pengarah Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif dan Encik Nasrudin Wahid serta Penolong Pegawai Penerangan Puan Norshazila Ahmad. 

Puan Normaizatulakmal Tujad (kiri) dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli
Wakil Jabatan Penerangan Negeri Selangor: Dua dari kanan; Puan Norshazila Ahmad, Encik Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif dan 
Encik Nasrudin Wahid. 
Suasana perbincangan bilik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply