Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2023

Shah Alam, 23 Mac – Melonjak kebolehpasaran pelajar Sains Perpustakaan bagi melahirkan Future Librarian merupakan fokus utama  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagaimana yang terkandung dalam Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2023. 

Menerusi ucapannya, Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman turut menggariskan sembilan fokus perpustakaan seperti berikut:        

  1. Memperkasa kecemerlangan bakat staf perpustakaan.                                            
  2. Memperkasa kecemerlangan operasi melalui Library World Class Standard Practices. 
  3. Membangunkan Niche Collection Perpustakaan UiTM.                                              
  4. Melestarikan inisiatif perpustakaan digital melalui Pelan Pendigitalan Perpustakaan. 
  5. Memperkasa peranan Pustakawan Penyelidikan bagi kelestarian staf akademik.  
  6. Meningkatkan penglibatan aktif perpustakaan bersama industri dan komuniti.  
  7. Meningkatkan keahlian luar berfokuskan alumni.                                              
  8. Melestarikan kewangan melalui penjanaan dan penjimatan perpustakaan. 
  9. Memperkukuh Rekod Penting Universiti.                                       

Pemilihan kebolehpasaran pelajar Sains Perpustakaan sebagai fokus utama PTAR pada tahun 2023 adalah selari dengan hasrat utama universiti yang mahukan kebolehpasaran pelajar di peringkat dunia.  Beberapa strategi telah digariskan bagi melonjakkan kebolehpasaran pelajar Sains Perpustakaan antaranya Penubuhan Library Graduate Assistance Program atau LibGAP. LibGAP merupakan suatu program berstruktur yang bermatlamat memberi pendedahan terhadap fungsi perpustakaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti perpustakaan.          

Dengan bertemakan “Keunggulan Bakat Pemangkin Perkhidmatan Global”, Amanat Ketua Pustakawan 2023 telah ditonton seramai 394 penonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM. 

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply