OPEN DAY Unit Arkib UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

Buat julung kalinya Unit Arkib UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menganjurkan program Open Day pada 17 Januari 2023 bertempat di ruang niaga speaker corner UiTM Cawangan Johor, bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Objektif program adalah seperti berikut : 

  1. Menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2023, berdasarkan agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff. 
  1. Mempromosikan peranan Unit Arkib UiTM Cawangan Johor kepada warga Kampus. 
  1. Memberi kesedaran kepada warga kampus bagi memelihara dan memulihara rekod penting UiTM yang bernilai arkib.
  1. Menjadi pusat rujukan bahan-bahan bernilai arkib kepada warga Kampus UiTM Cawangan Johor, selain memperkenalkan kepada warga Kampus mengenai 13 jenis Rekod Penting Universiti.

Antara pengisian menarik program Open Day Unit Arkib UiTM Cawangan Johor adalah : 

  1. History Walk 
  • Tayangan video penubuhan UiTM Cawangan Johor
  • Gambar Bersejarah
  • Rektor/ Pengarah 
  • Bahan Penerbitan Jabatan Arkib Universiti (JAU)
  • Memori Gambar Istiadat Konvokesyen
  1. Find and Win

Kuiz berkaitan bahan-bahan yang dipamerkan.

  1. Kenali Online Finding Aids (OFA)
  1. Cabutan Bertuah

Program Open Day Unit Arkib Cawangan (UAC) bersama warga kampus Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada warga kampus. Pihak pengurusan tertinggi iaitu Prof. Madya. Dr. Saunah Zainon yang merupakan Rektor UiTM Cawangan Johor dan juga Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang turut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dengan membuat lawatan tapak dan menyaksikan sendiri aktiviti Program Open Day Unit Arkib UiTM Cawangan Johor. Sambutan daripada warga UiTM Cawangan Johor juga amat menggalakkan dengan kehadiran sebanyak 150 rekod kehadiran.

Diharap dengan adanya program sebegini diharap dapat memberi kesedaran kepada warga kampus UiTM Cawangan Johor dalam memastikan bahan yang bernilai arkib dipelihara dan dapat dirujuk pada masa hadapan. Ianya boleh dijadikan memori sesebuah institusi dan menjadi warisan kepada generasi akan datang. 

Peranan dan kepentingan Unit Arkib UiTM Cawangan Johor juga dapat diketengahkan kepada warga kampus.  Unit Arkib UiTM Cawangan mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi serta warga Kampus di atas sokongan dan galakan yang diberikan.

Oleh : Siti Rozana binti Mat Sanat

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply