Lawatan dari Kolej Vokasional Melaka Tengah ke PTAR UiTM Cawangan Melaka.

16 Februari 2023, Khamis- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menerima lawatan 2 orang pengajar dan 3 orang pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional Melaka Tengah. Tujuan lawatan ini diadakan, bagi memperkenalkan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian untuk digunakan oleh pelajar dan seterusnya mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada di PTAR UiTM.

Pelawat telah dibawa melawat ke ruangan Kaunter Utama PTAR, Aras 1, Ruang Library Community Engagement (LCE) dan Unit Digital yang diiringi oleh Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama pegawai PTAR UiTM, terdiri daripada Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan, Puan Sariah Che’ Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi, dibantu oleh Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan, dan Encik Muhammad Firdaus Zakaria, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Terima kasih diatas kesudian pengajar bersama pelajar membuat lawatan ke PTAR UiTM. Semoga dengan adanya lawatan akademik ini dapat memenuhi objektif lawatan yang telah dijadualkan serta memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat dalam perpustakaan UiTM di peringkat luar dan lebih tinggi.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply