Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Kota Kinabalu & Kampus Tawau

Pada 20 hingga 21 Februari 2023, PTAR UiTM Cawangan Sabah, telah menerima lawatan kerja dari Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman bersama pegawai pengiring Ts. Haji Azizi bin Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan.

Perkongsian dari Ketua Pustakawan semasa sesi lawatan menjadi semangat serta motivasi warga PTAR UiTM Cawangan Sabah untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM seiring dengan matlamat UiTM untuk menjadi Universiti Terkemuka menjelang tahun 2025 (GRU2025).

#UiTMSabah

#UiTMdihatiku

#ptarsabah

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply