Live@PTDI Bicara Pakar : Makan Sihat, Gigi Kuat, Anak Hebat

Program Live@PTDI melalui segmen Bicara Pakar telah berlangsung pada 19 Januari 2023 iaitu hari Khamis jam 10.00 hingga 11.00 pagi anjuran Pejabat Kesihatan Segamat bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat. Melalui segmen ini tajuk yang dikongsikan ialah Makan Sihat, Gigi Kuat, Anak Hebat.

Panel yang dijemput khas bagi membicarakan topik ini adalah terdiri daripada pakar-pakar pemakanan iaitu  Dr. Siti Nuraini binti Samsee, Pegawai Pergigian, Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Segamat dan juga Puan Lai Sher Fang, Nutritionist, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat. Program ini dikendalikan oleh Dr. Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sebagai moderator.

Antara objektif program adalah :

1. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan pemakanan yang sihat dikalangan kanak-kanak sekolah.

2. Cara dan kepentingan penjagaan kesihatan gigi bagi kanak-kanak.

Antara intipati penting yang dikongsikan oleh para panel adalah mengenai pengambilan makanan yang seimbang, dimana ianya sangat penting dalam pertumbuhan bayi, kanak-kanak dan remaja kerana ia membekalkan zat dan nutrient yang berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan mereka. Pemakanan yang sihat juga memainkan peranan penting dalam perkembangan tulang anak dan juga pembentukan gigi yang sihat untuk mereka.

Dalam usia pertumbuhan ini, kebanyakkan mereka lebih gemar memilih makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan atau makanan segera. Sekiranya pengambilan makanan berikut diambil secara kerap dalam diet harian dengan tidak dikawal akan menyebabkan risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit obesity, diabetes, hipertensi dan juga strok, malahan kesihatan dan pertumbuhan gigi mereka juga akan turut terjejas seperti gigi cepat gugur, gigi berlubang, karies atau gigi mudah rosak dan tidak sihat.

Kesimpulannya, pengambilan makanan yang betul perlu diamalkan dan dilatih bermula daripada usia kecil lagi agar risiko penyakit yang berlaku dapat dielakkan. Semoga masyarakat kita sedar bahawa penjagaan kesihatan hendaklah diutamakan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Program bicara pakar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan penonton yang terdiri daripada berbagai bidang dan pekerjaan dimana menerusi saluran Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Johor jumlah views sebanyak 604 manakala saluran Youtube UiTM Johor adalah sebanyak 411 views.

Semoga program Live@PTDI bicara pakar, makan sihat, gigi kuat, anak hebat ini dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada para ibu bapa mengenai betapa pentingnya pemakanan yang betul bagi tumbesaran kanak-kanak. 

Penulis : Roslan bin Mohd Nor

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply