Program Kembara Ilmu SMK Sik, Kedah ke UiTM Cawangan Pulau Pinang

7 Disember 2022, Rabu – PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah menerima kehadiran 140 orang pelajar tingkatan lima SMK Sik, Kedah bersama 26 orang guru pengiring bersempena Program Kembara Ilmu ke UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian di UiTM.

Pengisian program dimulakan dengan taklimat kemasukan ke UiTM yang disampaikan oleh Ts. Mohd Affandi Shafie, Koordinator Misi Akademik. Seterusnya, Puan Suhaiza Hassan, Koordinator Pra Pendidikan Tinggi (PPT) pula menyampaikan taklimat serta mempromosikan peluang melanjutkan pelajaran ke Program Pra Pendidikan Tinggi yang ditawarkan oleh UiTM kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi sesi yang terakhir, para pelajar telah diberikan taklimat ringkas mengenai PTAR UiTMCPP oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan sebelum dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi melihat perkhidmatan, kemudahan serta koleksi yang telah disediakan.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply