Lawatan Penandaarasan Kolej Vokasional Kulim, Kedah ke PTAR UiTM Cawangan PulauPinang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah menerima kehadiran pelawat dari Kolej Vokasional Kulim, Kedah yang terdiri daripada 36 orang pelajar dan 6 orang pensyarah pada 29 November 2022. Lawatan ini bertujuan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan koleksi di Pusat Sumber Kolej Vokasional Kulim disamping memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai persekitaran pembelajaran di Universiti.

Sesi pengenalan perpustakaan telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan di Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh. Di dalam sesi tersebut, pelawat diberikan penerangan ringkas mengenai perkhidmatan, kemudahan serta koleksi yang disediakan di perpustakaan. Selepas itu, para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibawa melawat sekitar perpustakaan oleh staf-staf Unit Perkhidmatan Pelanggan.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply