Kunjungan Hormat Politeknik Pariwisata Bali, Indonesia ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 30 November 2022, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Politeknik Pariwisata Bali, Indonesia. Delegasi daripada Politeknik Pariwisata Bali ini diketuai oleh Drs. Ida Bagus Putu Puja, M. Kes., Direktor Politeknik Pariwisata Bali. Kunjungan ke perpustakaan merupakan salah satu agenda lawatan bagi memenuhi program kerjasama antarabangsa di antara UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Politeknik Pariwisata Bali.

Para pelawat telah disambut oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan bersama Encik Nurulizwan Amir dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Para tetamu kemudiannya telah dibawa melawat sekitar perpustakaan sambil mendengar penerangan ringkas tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PTAR UiTMCPP yang disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir.

Kunjungan ini merupakan salah satu inisiatif bagi mendokong ke arah ketampakan Universiti Teknologi MARA, khususnya UiTM Cawangan Pulau Pinang di persada global. Perlaksanaan program ini juga seiring dengan agenda Memorandum Persefahaman ke arah mencapai KPI pengantarabangsaan universiti. Semoga kunjungan hormat ini telah dapat mencapai objektif yang digariskan oleh kedua-dua belah pihak.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply