Lawatan SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang

8 Disember 2022, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan pelawat yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan mempromosikan perkhidmatan PTAR kepada komuniti. 

Semasa sesi lawatan berlangsung, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi melihat suasana di perpustakaan. Selain itu, pelajar turut diberi penerangan ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan oleh beberapa orang Pembantu Pustakawan Kanan sebagai pegawai pengiring disamping mendemonstrasikan penggunaan WebOPAC untuk pencarian buku.

Terdahulu, semua pelajar yang terlibat telah mengikuti Program Lawatan Pendidikan Kerjaya yang dikendalikan oleh Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar. Selain perpustakaan, pelajar juga turut dibawa melawat makmal dan bengkel sekitar UiTMCPP.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply