Program Perasmian Batik Euphoria 2022

21 Disember 2022, Rabu – Program Perasmian Batik Euphoria 2022 yang dikendalikan oleh Pelajar Tahun Akhir Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian) (MCAAD241), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Nadzri Bin Mohd Sharif, Ketua Pusat Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah diketuai oleh Muhammad Aidil Azizi bin Azian Sofian, Kumpulan MCAAD2416A, sebagai Ketua Projek bagi Program Batik Euphoria 2022.

Program dimulakan dengan ucapan dari Muhammad Aidil Azizi bin Azian Sofian, Kumpulan MCAAD2416A, sebagai Ketua Projek bagi program tersebut dan diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Ts. Dr. Nadzri Bin Mohd Sharif, Ketua Pusat Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka.

Antara aktiviti program Batik Euphoria ini ialah Batikcember, pelajar berpeluang mengekspresikan kreativiti masing-masing tentang batik di Batikcember wall yang telah disediakan oleh pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik, yang berada di ruangan utama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Batikcember wall ini dipamerkan bermula dari 1 Disember 2022 – 31 Disember 2022. Tujuan program ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada generasi muda iaitu warga UiTM, khususnya siswa dan siswi UiTM tentang seni canting batik yang merupakan warisan budaya kebanggaan masyarakat Melayu sekaligus bagi memastikan tradisi terbabit terus berkembang.

Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat menarik minat pelajar dan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang batik yang ada di Malaysia dan berpeluang mempersembahkan karya yang boleh dibanggakan.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply