Majlis Serahan Sumbangan Buku oleh Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka

2 November 2022- Rabu, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Majlis Serahan Sumbangan Buku Tersinggung Dalam Perjuangan: Sebuah Perjalanan Autobiografi hasil penulisan YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah. Majlis serahan buku ini telah dijalankan di Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan ucapan dari YBhg. Dato’ Rosthman bin Ibrahim, Presiden Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri, UiTM Cawangan Melaka iaitu Puan Noor Hayati Binti Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan yang juga selaku tuan rumah majlis, Prof. Dr. Ismadi Bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Dato’ Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Timbalan Rektor HEP, Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri, Dr. Mohd Halim Bin Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka dan Puan Nor Aisyah Hj Hussain, Timbalan Pendaftar Kanan.

Agenda diteruskan dengan sesi penyerahan buku oleh Ybhg. Dato’ Rosthman Bin Ibrahim, Presiden Persatuan Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka kepada Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan disaksikan oleh Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Melaka yang hadir.

Sebanyak 20 buah buku telah disumbangkan dan bakal ditempatkan di 3 kampus PTAR UiTM Cawangan Melaka yang terdiri daripada, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka dan PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Ybhg. Dato’ Rosthman Bin Ibrahim, Presiden Persatuan Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka bersama Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka telah dibawa melawat ke Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka,dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati Kassim, bersama Jawatankuasa Eksekutif Negeri, pegawai pengiring dan staf PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Semoga segala yang disumbangkan digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh warga kampus, khususnya pelajar UiTM Cawangan Melaka.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply