Taklimat Perpustakaan: PTAR UiTM Cawangan Melaka bagi Program Minggu Destini Siswa (MDS) PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

21 Oktober 2022, Jumaat- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan bagi Minggu Destini Siswa (MDS) PTAR UiTM Cawangan Melaka. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Kuliah 1, KKP 1, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, 2.30 petang hingga 3.30 petang. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 49 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat pada hari tersebut.

Tujuan utama taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan perkhidmatan perpustakaan digital, mobile app, portal MyKM, program atau aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar baharu di UiTM Cawangan Melaka.

Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply