Taklimat Penggunaan E-Book PTAR UiTM Cawangan Melaka

11 Oktober 2022 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah mengadakan sesi taklimat mengenai “Penggunaan E-Book PTAR” bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Taklimat telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Cisco Webex dan telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nazri bin Jaafar, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Turut membantu, Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Pada sesi taklimat ini, Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani telah menerangkan cara dan fungsi penggunaan E-Book yang telah dilanggan oleh UiTM. Ini bagi memudahkan pengguna terutamanya pelajar dan pensyarah menggunakan bahan tersebut bagi membantu dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun E-Book yang diperlukan secara atas talian.

Seterusnya, Encik Ahmad Nazri bin Jaafar telah menerangkan mengenai fungsi setiap ikon yang terdapat didalam pautan E-Book PTAR. Ini juga dapat membantu pengguna mengenalpasti fungsi setiap ikon yang terdapat didalam E-Book tersebut.

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply