Bengkel Pengenalan Warisan & Pemuliharaan Melaka 2022

20 Oktober 2022 – Melaka World Heritage Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kelab Sukarelawan Kebajikan & Warisan Melaka telah menganjurkan “Bengkel Pengenalan Warisan & Pemuliharaan Melaka 2022” yang telah berlangsung selama 2 hari bermula 19 Oktober 2022 hingga 20 Oktober 2022 bertempat di Baba House Melaka. Turut serta menyertai program, En. Abdul Azim bin Ab.Ghani dan En. Muhammad Shafiq bin Snin dari PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Antara panel penceramahnya ialah En. Mohd Syahrin bin Abdullah dari Jabatan Warisan Negara, YBhg. Prof. Madya Dr. Asyaari bin Muhamad dari Universiti Kebangsaan Malaysia, YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman dari Perbadanan Muzium Negeri Melaka, En Abidin bin Hassan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka (MOTAC), Puan Noor Ibtisam binti Abdul Karim, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan En Nurman bin Mohd Baroldin, Institut Warisan Melaka (INSWA).

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply