Taklimat Penggunaan EndNotes Siri 2/2022: “Citation & References”

3 November 2022 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan sesi Taklimat Penggunaan EndNotes Siri 2/2022: “Citation & References” yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nabil bin Zulhemay, Pensyarah Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Taklimat tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 10 pagi.

Taklimat telah dijalankan secara fizikal yang bertempat di Bilik Seminar, PTAR Kampus Jasin dan juga secara atas talian (Cisco Webex). Dalam taklimat tersebut, En Nabil mengajar cara-cara penggunaan EndNotes, dari memuat turun perisian EndNote sehingga cara penggunaannya.

Objektif Taklimat Penggunaan EndNote: ” Citation & References” adalah seperti berikut:

  • Demonstrasi penggunaan perisian EndNote kepada pelajar supaya dapat mereka gunakan di dalam penulisan/kajian yang dilakukan.
  • Menggalakkan pelajar membuat kerja dengan kaedah yang betul dan berkesan serta meminima kesilapan dalam tugasan.
  • Insiatif sebagai penggalak kepada pelajar agar mengoptimal penggunaan perisian yang disediakan serta kosnya ditanggung oleh pihak UiTM.

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply