Kunjungan hormat PTAR kepada Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 17 Oktober 2022 satu kunjungan hormat kepada Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, YBrs. Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali telah diadakan selaras dengan perlantikan baharu beliau sebagai Rektor kampus.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Pn. Hayati Mokhtaram dan En. Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan bertujuan memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan digital terkini oleh PTAR iaitu PTAR Mobile App dan Portal MyKM.

Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi kampus dengan PTAR seterusnya dapat meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang ilmu dan kepakaran literasi kepada warga kampus.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply