Sharing Session dan TOT PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Permatang Pauh, 6 Oktober 2022 – Seramai 25 orang staf PTAR Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam serta 2 orang pelajar latihan industri telah menghadiri sesi perkongsian ilmu yang dijalankan di Pusat IT, PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh.

Sesi ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang diperoleh melalui kursus-kursus yang telah dihadiri oleh staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang di PTAR Shah Alam. Antara perkongsian yang disampaikan ialah Pembangunan Laman Web Baharu 2022, Disability Equality Training (DET), Pemantapan Kandungan Digital Repositori dan Pemantapan Special Collection Integrated System.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply