Taklimat Perpustakaan Minggu Destini Siswa (MDS) PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

6 Oktober 2022 – Minggu Destini Siswa (MDS) merupakan minggu yang wajib dihadiri setiap pelajar baru yang telah mendaftarkan diri sebagai pelajar UiTM. Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin turut terlibat dalam sesi Minggu Destini Siswa(MDS) bagi menyampaikan taklimat perpustakaan. Taklimat perpustakaan ini telah disertai oleh pelajar baharu dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

Sesi tersebut telah berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 9.30 pagi di dewan Auditorium UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Taklimat perpustakaan ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nazri bin Jaafar, Pustakawan Kanan bagi menerangkan perkhidmatan digital yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Turut dibantu oleh Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bagi menerangkan penggunaan “Mobile Apps” yang digunapakai di UiTM bagi memudahkan pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin akses perkhidmatan perpustakaan dihujung jari.

Diucapkan Selamat Datang kepada seluruh pelajar baru UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan Semoga Terus Maju Jaya!

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply