Kembara Semangat Melaka

12 Oktober 2022 – Satu sesi taklimat yang bertajuk Kembara Semangat Melaka oleh Bonda Nor telah diadakan di Bilik Seminar, UiTM Kampus Bandaraya Melaka dengan kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Taklimat tersebut telah berlangsung selama 2 jam dan telah bermula pada jam 2.00 petang. Pada sesi tersebut, Bonda Nor telah berkongsi pelbagai motivasi diri yang terdapat didalam Hadis dan juga Al-Quran. Antara buku-buku motivasi Bonda Nor yang terhangat di pasaran adalah seperti Bangkit, Pagi, Wanita Bangkit, Cinta ke Syurga dan juga Allah Teratas. Jualan buku hasil penulisan Bonda Nor juga turut dijalankan di Bilik Seminar Aras 16, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.

Program ini bertujuan menyebarkan kebaikan ilmu dan inspirasi menerusi program penulisan, motivasi dan literasi. Selain itu juga, pada sesi tersebut Bonda Nor telah melakukan beberapa aktiviti bersama pelajar dan juga staf UiTM Cawangan Melaka yang hadir pada hari tersebut. Taklimat itu berlangsung secara bersemuka di Bilik Seminar Aras 16, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dan juga secara maya di Youtube PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Pautan Rakaman Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=hXBiRwMUdBw

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply