Lawatan Akademik dari Chiang Rai Rajabhat University (CRRU), Thailand ke PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

19 Oktober 2022, Rabu – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menerima Lawatan Akademik dari Chiang Rai Rajabhat University (CRRU), Thailand.

Seramai 4 orang wakil CRRU telah membuat lawatan akademik ke perpustakaan selepas selesai menandatangani MoU antara UiTM dengan Chiang Rai Rajabhat University (CRRU), Thailand.

Pihak PTAR amat mengalu-alukan kehadiran delegasi pelawat dari CRRU yang melawat sambil melihat karya seni dari CRRU yang telah dipamerkan di ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah iaitu:

  1. Dr. Natthaphon Santhi – Assistant President for International Affairs
  2. Assoc. Prof. Dr. Ohm Pattanachoti – Faculty of Humanities
  3. Asst. Prof. Suppharat Inthaniwet – Faculty of Humanities
  4. Miss Pakinee Khanthikun – Foreign Relations Officer

Lawatan juga diiringi oleh pensyarah dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka. Melalui lawatan seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha-usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR ke peringkat yang lebih tinggi.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply