PTAR Rembau Fest 2022

Rabu, 19 Oktober 2022: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama persatuan PTAR Buddies UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan hari bertemu pelanggan, PTAR Rembau Fest 2022.

Antara aktiviti yang diadakan semasa hari tersebut termasuklah pertandingan PTAR Rembau Table Tennis Championship, pertandingan Book Review: Share What You Read, pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan dan pertandingan catur yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, UiTM Kampus Rembau.

Turut diadakan sesi ceramah motivasi bertajuk “When Life Gives You Lemons, Made Lemonades” yang disampaikan oleh Encik Nasrullah Zainal Abidin, Pegawai Psikologi UiTM Kampus Rembau. Rata-rata penonton yang menyertai sesi tersebut memberikan respon yang amat positif, selain mengambil kesempatan untuk bertanya dan mendapatkan khidmat nasihat semasa sesi dua hala.

Selain itu, beberapa persatuan pelajar seperti Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP), Media & Communication Student Club (MCSC), NS Digital, Kelab Debat & Orator (KDO), PEERS dan Ikatan Persatuan Mahasiwa Muslim (IPMM) turut serta di dalam program PTAR Rembau Fest dengan membuka booth dan menjalankan aktiviti masing-masing seperti pameran, permainan, kuiz dan sesi promosi kelab dan persatuan untuk pencarian ahli baharu.

Pihak penganjur ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply