Kunjungan Hormat ke Pejabat Rektor UiTM Cawangan Melaka

5 Oktober 2022- Rabu, YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Rektor UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah pada jam 3.00 petang. Pertemuan antara Ketua Pustakawan PTAR UiTM dan Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka merupakan perbincangan dua hala yang memberikan banyak input positif dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada warga UiTM Cawangan Melaka khususnya.

Melalui kunjungan hormat ini, pihak PTAR UiTM juga dapat memantapkan hubungan kerjasama strategik yang baik antara dua pihak seterusnya meningkatkan lagi ketampakan PTAR UiTM ke peringkat yang lebih tinggi. PTAR UiTM mengucapkan setinggi terima kasih atas kesudian Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Rasdi Zaini menerima kunjungan dari Ketua Pustakawan PTAR UiTM.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, UiTM Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply