Lawatan Daripada Pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

18 April 2024, Khamis – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Seramai 3 orang pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Lawatan berpandu ini disampaikan oleh Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan dan dibantu oleh Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:

  1. Safiah Balqis binti Nor Hisham
  2. Nurdamia Najlaa binti Mohd Zahidin
  3. Muhd Fariz bin Mohd Faiz

Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply