Refresher Course Modul Perkhidmatan Pelanggan Tahun 2022

Pada 20 September 2022 hari Selasa hingga 21 September 2022 hari Rabu, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah menganjurkan Refresher Course Modul Perkhidmatan Pelanggan tahun 2022 dengan penyertaan seramai 21 orang staf PTAR bertempat di bilik Pusat IT, PTAR UiTM. Bengkel yang dianjurkan oleh Perkhidmatan Perpustakaan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan secara terperinci berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.  

Bengkel ini dikendalikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Puan Azura Binti Mohamad Hashim dan dibantu oleh tujuh (7) orang staf perkhidmatan pelanggan iaitu Puan Reza Edwana binti Mohetar@Mokhtar, Shahrul Hairy bin Shaharuddin. Ak. Nasaruddin bin Pg. Tajudin, Mohd Hazri bin Abdul Karim, Noorbaizura binti Mazlan, Muhamad Azrin bin Ismail dan Muhammad Hazwan bin Abd Wahab.


Objektif penganjuran kursus ini ialah demi memastikan inisiatif-inisiatif perpustakaan tercapai sekaligus memberikan impak yang berterusan terhadap pengguna Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

PTAR Shah Alam

Leave a Reply