Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Tahun 2022

Acara Tenpin Boling Beregu Wanita

PUTRAJAYA – Tahniah dan syabas diucapkan kepada staf PTAR, Nor Shafiqah Alia binti Amran kerana meraih pingat Gangsa bagi acara Tenpin Boling Beregu Wanita di Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 anjuran Universiti Putra Malaysia.

Kejohanan yang telah berlangsung selama lima hari ini bermula 19 September 2022 ini telah menyaksikan Nor Shafiqah Alia berpadu tenaga bersama-sama Suliana Mat Daud menghadapi cabaran 32 pasukan mewakili seluruh universiti awam tanah air yang bertanding merebut kejuaraan dalam acara ini.

Bak kata pepatah Melayu “Tiada kejayaan tanpa usaha”. Diharap kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pada masa hadapan.  

Disediakan oleh : Wan Noor Sazidah binti Wan Fauzi

Wan Noor Sazidah PTAR 1, Shah Alam

Leave a Reply