Gotong-royong Keceriaan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Pada 20 September 2022, satu gotong-royong keceriaan telah dijalankan di PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh. Gotong-royong yang disertai oleh staf perpustakaan ini diadakan untuk menyusun atur semula rak majalah dan perabot di aras 1 PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh.

Selain daripada memastikan ruang sedia ada lebih menarik dan teratur, gotong-royong ini juga diharapkan dapat memastikan penggunaan perabot dan ruang dapat digunapakai secara optimum untuk memastikan keselesaan pengguna perpustakaan.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply