Refresher Course : Modul Perkhidmatan Pelanggan dan Koleksi


Pada 28 September 2022, satu bengkel “Refresher Course : Modul Perkhidmatan Pelanggan dan Koleksi” telah diadakan secara maya di PTAR UiTMCPP. Bengkel ini disertai oleh seramai 17 orang staf yang menjalankan tugas-tugas di kaunter dan terlibat dengan pengguna perpustakaan daripada Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan Koleksi PTAR UiTM Shah Alam dibantu oleh Encik Mohd Hazri Abdul Karim dan Puan Reza Edwana Binti Mohetar @ Mokhtar.

Selain daripada perkongsian mengenai modul perkhidmatan pelanggan dan koleksi, Puan Siti Salwa juga telah menerangkan secara jelas mengenai modul WILS Circulation yang digunakan di kaunter perkhidmatan. Ini termasuk penerangan tentang penjanaan notis lewat pembayaran denda dan penyemakan senarai pelajar penahanan konvokesyen. Sesi yang diselang-seli dengan soal-jawab daripada staf tentang masalah berbangkit telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply