Minggu Destini Siswa (MDS): Taklimat Perpustakaan PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

5 Oktober 2022 – Rabu, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan bagi Minggu Destini Siswa (MDS) PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus Zakaria, Pembantu Pustakawan Kanan, dibantu oleh Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan perpustakaan berkenaan dengan sistem yang digunakan, waktu operasi perpustakaan, program atau aktiviti yang dijalankan di PTAR UiTM dan sebagainya kepada pelajar baharu di UiTM Cawangan Melaka.

Semoga dengan adanya taklimat seperti ini dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR UiTM dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, UiTM Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply