Tiktok Merdeka Challenge @ PUiTM: Tahniah PTAR UiTM Cawangan Sabah

Tiktok Merdeka Challenge @ PUiTM telah dijalankan bermula 1 Ogos 2022 hingga 1 September 2022 berdasarkan jumlah likes tertinggi.

Diucapkan tahniah dan syabas kepada PTAR UiTM Cawangan Sabah kerana mendapat tempat ketiga Tiktok Merdeka Challenge @ PUiTM untuk jumlah “Likes” tertinggi.

Dalam video sempena kemerdekaan yang bertemakan “TEMPAT IKONIK BERSEJARAH”, terdapat beberapa lokasi yang diketengahkan disekitar Kota Kinabalu dan Tawau.

Antara lokasi ikonik bersejerah di negeri Sabah adalah Menara Tun Mustapha, Tugu Peringatan Double Six, Tugu Peringatan Petagas, Menara Jam Atkinson, Tugu Malaysia, Muzium Sabah, Tugu Peringatan Perang Borneo Utara, Tugu Pahlawan, Tugu Peringatan Tawau dan banyak lagi.

Jom follow Tiktok PTAR UiTM Sabah @ https://www.tiktok.com/@perpustakaanuitmsabah?_t=8XOGyEgaMKI&_r=1

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply