Kursus Asas Pengurusan Rekod Dan Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Sarawak

5 & 6 September 2022 – Isnin & Selasa, jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod Dan Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) kepada semua staf yang telah dilantik oleh UAC.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Azniza binti Mohamad Nor, Pegawai Arkib Kanan, Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam sebagai penceramah jemputan dan Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed, Penolong Pegawai Arkib, Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam selaku fasilitator.

Kursus ini disertai hampir 80 orang staf yang dilantik PRJ & PTRJ daripada Kampus Samarahan, Kampus Samarahan 2 dan Kampus Mukah. Kursus ini telah diadakan secara bersemuka di Ruang Legar Aras Atas, PTAR Kampus Samarahan 2.

Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan secara terperinci proses yang terlibat dalam pengurusan fail dan rekod secara teori, serta memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada peserta dalam menguruskan fail dan rekod jabatan dengan lebih efisien.

Peserta bergambar bersama penceramah selepas selesai kursus.

Disediakan oleh : Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply