LIVE @PTAR SIRI 3 : HIJRAH MEMIMPIN PERUBAHAN

22 September 2022 – Khamis jam 9: 00 pagi, PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menjemput Ustaz Wan Muhammad Mujahid Bin Wan Alwi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (UNIMAS) bagi membicarakan tajuk Hijrah Memimpin Perubahan dalam Program Live@PTAR Siri 3, PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Program ini telah diadakan di Aras Bawah PTAR Kampus Samarahan 2 bersempena menyambut bulan Muharram.

Sepanjang perkongsian pengalaman selama 90 minit daripada perspektif Penolong Pegawai Hal Ehwal , Ustaz Wan Muhammad Mujahid Bin Wan Alwi telah mengupas topik hijrah dengan lancar dan berkesan. En. Ismawi Haji Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah bertindak selaku moderator program ini melontarkan soalan yang mengupas makna hijrah buat umat Islam hari ini. Program ini telah ditonton sebanyak 362 tontonan di saluran Facebook Rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak (pautan PTAR https://www.facebook.com/PTARSarawak/videos/55881166604337)

Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak Bersama Penceramah, Ustaz Wan Mohammad Mujahid Wan Alwi

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri Warga UiTM Cawangan Sarawak dan mengukuhkan penghayatan terhadap ibrah hijrah Rasulullah. Bagi penghayatan sempena sambutan Muharram,  marilah kita menjadikan Hijrah tahun baru ini lebih bermakna dengan meningkatkan semangat dan azam yang baik.  Hijrah dari melakukan perbuatan buruk kepada perbuatan yang baik, hijrah dari keadaan iman yang rendah kepada iman yang lebih baik dan lebih tinggi, hijrah dengan meletakkan harapan dan seluruh kepercayaan kepada Allah SWT sama ada semasa susah atau senang dan tidak hanya menyerahkan kepada takdir sahaja.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati umat Islam di Malaysia.

Ustaz Wan Muhammad Mujahid Bin Wan Alwi sewaktu program Live@PTAR Siri 3 Hijrah Memimpin Perubahan

Disediakan oleh: Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply