Kursus Microsoft Teams

Satu kursus bertajuk Kursus Microsoft Teams telah berlangsung pada 26 Julai 2022 (Selasa). Kursus anjuran Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka itu telah diadakan di BiliK ICT 1 dan telah disampaikan oleh Encik Roslan Mamat (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) UiTM Cawangan Pahang.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai Microsoft Teams di kalangan staf Perpustakaan Al-Bukhari. Microsoft Teams adalah sebuah platform komunikasi dan kolaborasi terbaik yang menggabungkan fitur untuk komunikasi, bekerja, belajar, serta sebagai tempat penyimpanan maklumat. Microsoft Teams ini terintegrasi dengan rangkaian produk Microsoft 365. Selain itu juga dapat diintegrasikan dengan produk selain buatan Microsoft.

Diharapkan agar Kursus: “ Microsoft Teams” ini dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan tentang kegunaan Microsoft Teams kepada staf PAB .

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply