Program Khidmat Masyarakat (CSR): Menanam Pokok Waqaf Dusun Ilmu (WADI) Anjuran PTAR UiTM Cawangan Melaka Dengan Kerjasama Unit Waqaf, Zakat Dan Infaq (El-Wazif) UiTM Cawangan Melaka Dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Melaka

13 September 2022 – Selasa, PTAR UiTM Cawangan Melaka (PTAR) dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (El-Wazif) UiTM Cawangan Melaka dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Melaka telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR): Menanam Pokok Waqaf Dusun Ilmu (WADI) bertemakan “Bakti di Dunia dan Saham Akhirat” ini telah dijalankan di tapak Dusun Ilmu (WADI) UiTM Cawangan Melaka Kampus ALor Gajah, bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini telah diketuai oleh Encik Nazri Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Tertinggi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Seramai 80 orang peserta telah terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat ini.

Program ini dimulakan dengan aktiviti regangan yang diketuai oleh Encik Muhammad Asri Abu Hashim, Pembantu Pemuliharaan, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka disaksikan oleh Tuan Haji Ab Rahim Bin Tawel, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Melaka, Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Encik Muaz Mohd Noor, Koordinator Unit EL-Wazif UiTM Cawangan Melaka dan juga barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri yang terdiri dari Timbalan Rektor HEP, Dato’ Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Nor Aisyah Hj Hussain, Encik Mohd Saini bin Awang, Pengarah Bahagian Pembangunan Fasiliti UiTM Cawangan Melaka dan Profesor Dr Abdul Halim Mohd Noor, Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka. Syarikat Medan Elektrik selaku penaja penyambungan bekalan elektrik di tapak Dusun Ilmu (WADI), telah menyerahkan mock waqaf elektrik kepada Rektor sebagai wakil bagi pihak UiTM Cawangan Melaka.

Kemuncak kepada Program Khidmat Masyarakat ini, Rektor diiringi oleh semua peserta yang terlibat telah ke tapak semaian pokok beliau sendiri bagi menanam pokok durian Duri Hitam yang telah disumbangkan oleh PAWE UTC Melaka sebagai simbolik perasmian Program Khidmat Masyarakat serta sesi bergambar bersama semua peserta yang terlibat di tapak semaian tersebut. Setelah selesai, semua peserta yang terlibat telah bergerak ke tapak semaian masing-masing bagi menanam 23 pokok sumbangan PAWE UTC Melaka yang telah dinamakan sebagai pewakaf.

Melalui Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan PTAR UiTM Cawangan Melaka ini dapat menjadikan medium merapatkan hubungan ukhuwah di kalangan staf dan semua peserta. Amalan ini juga dapat meningkatkan keazaman dan komitmen kepada amalan berwaqaf.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan & Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply