Lawatan Kerja Ketua Pustakawan ke PTAR Kampus Rembau

Pada Selasa, 13 September 2022, Ketua Pustakawan, YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman diiringi oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. PTAR Kampus Rembau merupakan destinasi ketiga selepas PTAR Kampus Seremban dan PTAR Kampus Kuala Pilah dalam lawatan ke cawangan Negeri Sembilan yang bermula dari Isnin, 12 September 2022.

Program bermula dari pukul 9.00 pagi itu diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi pertemuan antara Ketua Pustakawan bersama warga staf perpustakaan khususnya. Sesi dua hala secara semi formal tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat PTAR, membincangkan beberapa isu serta pelaporan ringkas aktiviti dan program yang telah dan bakal dilaksanakan di PTAR Kampus Rembau. Staf pelaksana juga diberi ruang untuk bertanyakan soalan kepada Ketua Pustakawan secara langsung.

Lawatan kerja rasmi diteruskan dengan lawatan perpustakaan yang diiringi oleh Puan Jamilah Md Yusoff, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR Cawangan Negeri Sembilan dan Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau. Program diakhiri dengan sesi pemberian cenderahati kepada Ketua Pustakawan dan sesi bergambar bersama semua staf pelaksana sebelum.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply