Webinar Understanding Dark Data: How Data Steward Should Leverage Them?

Selasa, 20 September 2022, telah berlangsung program Webinar Understanding Dark Data: How Data Steward Should Leverage Them? anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran Facebook dan YouTube PTAR Kampus Rembau.

Program yang berlangsung selama satu jam itu telah disampaikan oleh speaker jemputan, Encik Ahmad Fuzi Md Ajis, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Webinar tersebut membincangkan tentang apa itu data gelap, pengurusan data serta implikasi data gelap terhadap sesebuah organisasi, di mana ia merupakan topik yang sangat penting terutama bagi bidang pengurusan maklumat.

Rata-rata penonton yang menonton program webinar tersebut dari awal sehingga akhir memberikan respon yang amat positif antaranya termasuklah merasakan topik ini merupakan pengetahuan baharu selain menginginkan topik ini dikupas dengan lebih lanjut di dalam sesi berlainan di masa akan datang.

Para penonton yang terlepas atau ingin menonton semula program Webinar Understanding Dark Data: How Data Steward Should Leverage Them? boleh langgan ke saluran YouTube PTAR Kampus Rembau.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply