Lawatan Akademik: Universitas Islam Negeri(UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia Bersama UiTM Cawangan Melaka Ke PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

12 September 2022 – Isnin, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menerima Kunjungan Delegasi dari rakan MoU dari Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia bersama UiTM Cawangan Melaka. Lawatan akademik ini melibatkan 12 orang pelajar dari Universiti Islam Negeri (UIN), 2 orang dosen UIN iaitu Hjh. Erik Sabti Rahmawati, M.A, Head of Study Program of Islamic Family Law Shariah, Faculty UIN Maulana Malik Ibrahim Malang, Puan Risma Nur Arifah M.H, Head of International Class Program Shariah, Faculty UIN Maulana Malik Ibrahim Malang dan 3 orang pegawai pengiring UiTM Cawangan Melaka.

Program ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 2.30 hingga 4.30 petang, bertempat di ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program dimulakan dengan sesi penerangan tentang perkhidmatan perpustakaan yang diberikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Seterusnya, sesi tayangan video Koporat PTAR, UiTM Cawangan Melaka dan para tetamu dibawa melawat ke ruangan Unit IT PTAR, ruangan Aras 1, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan, Unit Perhubungan Pelanggan dan Perkhidmatan Koleksi dan Unit Arkib Universiti dan Jilid.

Tujuan lawatan akademik:

  1. Memperkenalkan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka khususnya Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan.
  2. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan   dan kemudahan perpustakaan yang diperlukan semasa kini.

Melalui program seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha-usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan UiTM Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply