Gotong-royong Menggali Lubang Pokok WAQAF Bagi Program Khidmat Masyarakat(CSR): Menanam Pokok Wakaf Dusun Ilmu (WADI)

8 September 2022 – Khamis, PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (El-Wazif), UiTM Cawangan Melaka dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC, Melaka telah mengadakan aktiviti gotong-royong menggali lubang pokok waqaf bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR): Menanam Pokok Wakaf Dusun Ilmu (WADI) UiTM Cawangan Melaka. Program gotong – royong ini diketuai oleh Encik Nazri Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Tertinggi PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Aktiviti gotong – royong ini dijalankan bermula pada 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi, bertempat di Dusun Ilmu, (WADI) UiTM Cawangan Melaka. Aktiviti gotong-royong ini dijalankan bagi tujuan membersihkan kawasan tapak WADI dan menggali sebanyak 23 buah lubang bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR) menanam pokok waqaf pada 13 September 2022 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

PTAR UiTM Cawangan Melaka berharap dengan aktiviti seperti ini, dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara semua pihak yang terlibat serta memberi manfaat dan kesejahteraan kepada sesebuah komuniti. Program khidmat masyarakat ini adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga UiTM.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan UiTM Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply