Program Khidmat Masyarakat PTAR UiTM Cawangan Sarawak : Tale Of Tellers

22 Jun 2022 – Rabu, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (CSR) : Tale Of Tellers  bagi menyokong kempen Read@Uni yang telah diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2018. Program yang berunsurkan pendidikan dan pembelajaran ini juga dilaksanakan bagi bertujuan manifestasi komitmen tanggungjawab sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak ke arah membudayakan tabiat membaca bukan sahaja dalam kalangan warga kampus tetapi juga kepada komuniti sekitar.

Program ini telah diketuai oleh Pn. Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan sebagai Ketua Projek bagi Program Khidmat Masyarakat bersama-sama staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Pelajar Praktikal Mac-Ogos 2022. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah diadakan bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2. Ia melibatkan sekolah dua (2) buah sekolah sekitar Bahagian Samarahan iaitu Sekolah Kebangsaan Pinang dan Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang.

Seramai 75 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari dua sekolah berkenaan telah hadir bagi menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya:

  1. StorytellingPermainan ini memperkenalkan kepada peserta cara penceritaan secara tradisional yang kian dilupakan oleh generasi masa kini. Ia dapat mengembangkan daya fikiran dan imajinasi pencerita dan pendengar
  2. Instinct GamesPermainan ini melatih peserta meneka menggunakan firasat yang betul
  3. Charades Games Permainan ini mengajar peserta tentang tatabahasa dan meningkatkan daya pemikiran peserta

Diharapkan dengan adanya program seperti ini, dapat  menyuburkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini yang kini berada di bawah tahap memuaskan. Perpustakaan UTM selaku penggerak kepada kempen ini.

Disediakan oleh : Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply