Majlis Makan Malam Sekalung Budi Selembar Kenangan

23 Julai 2022 – Sabtu jam 7.30 malam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Makan Malam Sekalung Budi Selembar Kenangan bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Kuching.

Majlis yang telah diadakan sempena persaraan Puan Norhayati Ismail, Mantan Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak ini turut dihadiri Barisan Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Sarawak iaitu Profesor Dato Dr. Jamil Hj Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Timbalan-timbalan & Penolong Rektor, Ketua-ketua Bahagian dan semua Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Warga PTAR UiTM Cawangan Sarawak menzahirkan ucapan selamat bersara kepada Puan Norhayati Ismail yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos 2022 bersamaan 3 Muharram 1444H setelah berkhidmat selama 32 tahun bersama UiTM.

Semoga Puan Norhayati Ismail dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.Jasa dan pengorbanan tetap diingati.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Selamat maju jaya dan jasamu tetap dikenang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu yang hadir. Semoga majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Disediakan oleh : Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply