Lawatan Audit Kelantanku Bersih Tahun 2022

Machang, 29 Ogos 2022 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah menerima kunjungan 4 orang panel penilai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan bagi Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2022 bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Lawatan diiringi oleh Puan Ruhayu Nurdin, Pegawai Eksekutif daripada Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Kelantan. Penerangan lawatan audit telah diberikan oleh Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA. Lawatan ini bertujuan untuk menilai kebersihan persekitaran luar dan dalam pejabat bagi memastikan #kelantankubersih diamati dan diaplikasikan di semua IPT yang ada di Negeri Kelantan.

Pertandingan ini melibatkan hampir semua bahagian yang berada di Kampus Machang serta Kampus Kota Bharu sekaligus menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam menghasilkan negeri yang bersih dan selamat.

Gambar yang diambil ketika lawatan daripada panel penilai di PTA

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply