Sesi Ketik Keluar Terakhir Puan Norhayati Ismail, Mantan Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

29 Julai 2022 – Jumaat bersamaan 30 Zulhijjah 1443H telah berlangsung sesi ketik keluar terakhir buat Pn. Norhayati Ismail yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Pn. Norhayati Ismail telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pustakawan di PTAR UiTM Cawangan selama 7 tahun iaitu bermula 8 Jun 2015 sehingga 31 Julai 2022. Seluruh Warga PTAR UiTM Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Norhayati Ismail diatas segala pengorbanan, tunjuk ajar, jasa bakti dan ilmu yang dicurahkan selama 7 tahun berkhidmat di sini.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pegawai dan Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan telah berlangsung di PTAR Kampus Samarahan 2.

Terima Kasih Puan ❤

Disediakan oleh : Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply