Program Perarakan dan Konvoi Semarak Merdeka PTAR 2022

Program Perarakan dan Konvoi Semarak Merdeka PTAR 2022 telah dijalankan pada 30 Ogos 2022 jam 8.30 hingga 9.30 pagi bertempat di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, UiTM Shah Alam. Program ini adalah anjuran bersama PTAR Kejuruteraan dan PTAR Sains & Teknologi.

Program ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan ianya merupakan salah satu inisiatif dalam menyemarakkan kemerdekaan di kalangan warga UiTM.

Antara objektif program adalah bagi memperingati perjalanan era sejarah kemerdekaan, memupuk semangat patriotisme dan menyahut seruan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan dan UiTM.

Program ini dianggarkan telah dihadiri seramai 150 orang iaitu melibatkan staf PTAR, staf akademik, staf pentadbiran dan pelajar UiTM. Sesi program ini dimulai dengan Kata Aluan Pengerusi Program diikuti pelancaran oleh wakil Ketua Pustakawan iaitu En. Ahmad Amiri Mohamad. Perarakan dan konvoi bermula sejurus sesi penggambaran berakhir. Sesi laungan kemerdekaan bersama-sama peserta turut diadakan sebelum majlis tamat.

Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan kerjasama pihak PTAR dan Fakulti.

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply