Teambuilding : Igniting Team Spirit 3.0

Tarikh: 4 Ogos (Khamis) 2022,
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Sekitar Kompleks Bersejarah Banda Hilir, Melaka

Program Teambuilding : Igniting Team Spirit 3.0 telah diadakan setelah sekian lama terhenti seketika semasa PKP akibat Covid- 19 dan melibatkan penglibatan staf pentadbiran dari semua unit/bahagian UiTM Kampus Bandaraya termasuk staf PTAR KBM.

Program ini diadakan bagi menerapkan pembentukan instrumen dikalangan staf bagi membolehkan UiTM mewujudkan Indeks Penghayatan Nilai UiTM dalam proses menjalankan kajian penghayatan nilai UiTM ESI-IDART, Excellence (E), Synergy (S) & Integrity (I) serta lima (5) nilai berkaitan iaitu Ilmu (I), Disiplin (D), Amanah (A), Rajin (R) dan Tanggungjawab (T).

Seramai 104 orang staf pentadbiran telah menyertai program ini. Program telah dirasmikan oleh En. Ahmad Khairuman Md. Hasim, pemangku Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Disamping itu, En. Ahmad Khairuman juga telah menyempurnakan upacara pelancaran bulan Kemerdekaan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Dr. Mohd Halim Mahphoth, Penolong Rektor Kampus Bandaraya Melaka.

Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan nyanyian lagu Jalur Gemilang bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply