Majlis Pertukaran Adat Budaya Negeri Melaka dan Delegasi Riau.

Tarikh: 20 Ogos (Sabtu) 2022, MELAKA

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Auditorium Aras 4 UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Melaka bukan sekadar destinasi pilihan pelancong asing, sebaliknya menjadi pusat pertukaran adat dan budaya antarabangsa. Terbaharu seramai 109 murid dan pelajar berusia tujuh hingga 20 tahun dari Provinsi Riau, Indonesia dibawa ke negeri ini bagi memeriahkan lagi penganjuran Majlis Pertukaran Adat Budaya Negeri Melaka dan Delegasi Riau.

YBhg. Rektor, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Mohd Zaini telah menghadiri dan merasmikan Program Pertukaran Adat antara Persatuan Sidang (Ketua Kampung) Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka dengan DMDI Provinsi Riau bertempat di UiTM Melaka Kampus Bandaraya Melaka. Program ini turut dihadiri oleh YBrs. En Talib Bin Baba Pengerusi Persatuan Sidang (Ketua Kampung Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka), YBhg. Datuk Ir Aziz Bin Manap (Ketua Dunia Melayu Dunia Islam Provinsi Riau), YBhg. Mohd Noor Helmy Bin Abdul Halim (Ahli Dewan Undangan Negeri, Duyong), YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr Abdul Latif Bin Abu Bakar, YBhg. Prof. Datuk Wira Dr Haji Mohd Jamil Bin Mokmin (Naib Pengerusi DMDI Melaka) dan YBrs. Dr Mohd Halim Bin Mahphoth (Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka).

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sidang (Ketua Kampung) Parlimen Hang Tuah Jaya Melaka, dengan kerjasama Unit Kebudayaan dan Kesenian, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kelab Warisan Budaya dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Pengerusi Perhubungan Program Pertukaran Adat Budaya, Talib Baba berkata, Melaka dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana negeri ini kaya dengan adat budaya dan warisan. Beliau yang juga Pengurusi Persatuan Sidang Melaka merangkap Sidang Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, program dilaksanakan selama tiga hari berakhir dengan penganjuran Malam Gala di Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka

“Program pertukaran budaya bersama negara jiran akan dianjurkan jika ada permintaan, secara tidak langsung acara seperti ini mampu menarik minat orang muda untuk bersama-sama belajar mengenai adat, seni dan budaya,”

Sementara itu Ketua Dunia Melayu Dunia Islam Wilayah Riau, YBhg Datuk Ajis Manan berkata program itu bertujuan melestarikan budaya dan adat warisan yang semakin dilupakan.

“Objektif program adalah kita mahu lestarikan budaya, mendedahkannya kepada mereka (generasi muda) mengenai budaya rumpun 2 negara antara Indonesia dan Malaysia, pada masa hadapan agar kita boleh melestarikan budaya yang semakin ditelan zaman.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply