Live@PTDI : Bicara Pakar – Penjagaan Kesihatan Ibu Berpantang Anjuran Bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Johor

Pada 23 Jun 2022 yang lalu, jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi satu sesi Bicara Pakar yang dibawakan secara langsung melalui saluran Youtube UiTM Johor dan Facebook Pusat Pemakanan Johor bertajuk Penjagaan Kesihatan Ibu Berpantang telah diadakan dengan menjemput 2 orang panel penceramah yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga iaitu Dr. Khalilati Barizah Binti Mad Salimun, Pakar Pemakanan atau Nutrisionis iaitu Puan Nur Huda Abdul Rahim dan seorang Pakar Jurupulih Perubatan Fisioterapi iaitu Puan Fatin Izzati Binti Mohd Mazza. Ketiga-tiga panel ini telah dijemput khas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Johor. 

Sesi ini telah berlangsung dengan jayanya dimana panel pertama iaitu Dr. Khalilati Barizah Binti Mad Salimun, Pakar Perubatan Keluarga telah berkongsi maklumat bersama penonton berkenaan amalan terbaik bagi ibu berpantang dari segi penjagaan dan pemakanan yang memberikan kesan yang baik atau sebaliknya kepada bayi mereka. Manakala panel kedua pula iaitu Puan Nur Huda Abdul Rahim, Pakar Pemakanan telah berkongsikan kepada para penonton mengenai tips-tips penjagaan pemakanan dan diet khusus serta kategori makanan yang sesuai diambil semasa ibu berpantang menyusukan anak. 

Sesi bicara pakar ini diakhiri dengan sesi demonstrasi oleh panel ketiga iaitu Puan Fatin Izzati Binti Mohd Mazza, Pakar Jurupulih Perubatan Fisioterapi bersama pasukan kerja beliau iaitu Puan Norashikin dimana mereka menunjukkan cara-cara senaman ringan yang sesuai diamalkan oleh ibu-ibu berpantang diluar sana. 

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana penonton bagi sesi siaran langsung ini bukan sahaja terdiri daripada staf atau pelajar UiTM, ianya turut sama disaksikan oleh para penonton dari luar. Jumlah penonton yang menyaksikan program siaran langsung ini melalui saluran Youtube UiTM Johor adalah seramai 177 penonton manakala di saluran Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Johor adalah sebanyak 428 penonton. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan memberi manfaat kepada semua. Sesi rakaman penuh boleh ditonton melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=sMmjZoD2Da0

Oleh: Noredayu binti Rosli

Penyampaian cenderahati kepada PKD
Jawatankuasa Program
Perkongsian penceramah
Perkongsian penceramah
Demonstrasi senaman
Demonstrasi senaman
Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply