Mobile Library @ PTDI2U anjuran Perpustakaan Tun Dr Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat

Read@UiTM melalui program Mobile Library @ PTDI2U telah berjaya dilaksanakan sekitar bulan Jun 2022. Program ini merupakan kesinambungan Program Kembara Fiksyen yang telah dilaksanakan pada tahun 2021.

Mobile Library @ PTDI2U ini antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh PTDI bagi mempromosi perkhidmatan perpustakaan secara terus kepada pengguna di sekitar UiTM Kampus Segamat. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mempromosikan buku-buku terbaru di PTDI, menggalakkan peminjaman buku, konsultasi dan penerangan berkaitan perkhidmatan digital dan kemudahan Perpustakaan sama ada yang baharu atau yang sedia ada.

Berikut antara lokasi Mobile Library @ PTDI2U :

TARIKHUNIT/BAHAGIAN
12 Jun 2022 (Ahad)Unit Kesihatan Sri Penawar & Bahagian Infostruktur
14 Jun 2022 (Selasa)Bahagian Pengurusan Fasiliti
21 Jun 2022 (Selasa)Pejabat Kolej Kediaman A, B & C

Staf  Perpustakaan yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah, Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Ketua Unit Perpustakaan Digital dibantu oleh semua staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan, seorang staf Unit Arkib Cawangan dan juga 2 orang pelajar latihan industri.

Seramai 34 orang  staf telah membuat pinjaman buku dengan  jumlah pinjaman sebanyak 103 naskah. PTDI telah memberi cenderahati kepada mereka yang terlibat sebagai tanda penghargaan dan sokongan yang telah diberikan. 

Penganjuran program ini diharap dapat menggalakkan pembudayaan membaca dalam kalangan warga kampus. Selain itu, penganjuran program ini dapat meningkatkan lagi statistik peminjaman buku serta mendekatkan perpustakaan dengan komuniti kampus dengan membawa bahan bacaan dengan lebih dekat dengan golongan sasaran. 

Pihak Perpustakaan sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian/Unit yang terlibat, atas sokongan yang diberikan.

Oleh : Roslan bin Mohd Nor

Mobile Library@PTDI2U : Bahagian Infostruktur
Mobile Library@PTDI2U : Bahagian Infostruktur
Mobile Library@PTDI2U : Kolej
Mobile Library@PTDI2U : Kolej
Mobile Library@PTDI2U : Bahagian Pengurusan Fasiliti
Mobile Library@PTDI2U : Bahagian Pengurusan Fasiliti
Mobile Library@PTDI2U : Unit Kesihatan
Mobile Library@PTDI2U : Unit Kesihatan

Avatar photo
Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply